About

Objektif

  1. Melahirkan pelajar yang lancar membaca dan menghafaz al-Quran , beramal dengan al-Quran serta menjadikan al-Quran sebagai aspek penting dalam kehidupan pelajar.
  2. Melahirkan pelajar berakhlaq mulia dan memuliakan ibu-bapanya, guru-gurunya , keluarganya menghormati orang lebih tua daripadanya serta menyanyangi orang lebih muda daripadanya.
  3. Melahirkan pelajar yang mempunyai asas pengetahui fardhu ain yang kuat

Sejarah Penubuhan

Tahfiz ini mula beroperasi pada awal tahun 2022, bertempat di kondo rakyat, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu.

Timbulnya idea penubuhan ialah kerana memikirkan keperluan masyarakat sekitar kampung untuk mngimarahkan surau dan ia dapat mngambil istifadah dari pelajar-pelajar tahfiz dari segi akhlak, adab dan pemakaian sunnah nabi.

Pengajian sepenuh masa dengan menghafal Al-Quran dari pagi sampai ke sebelah malam. Pihak tahfiz mensasarkan untuk pelajar khatam 30 juz al-Quran dalam masa 3 tahun dari awal sampai habis, kemudian ulangan shahadah dari juz 1 sampai juz 30 dalam masa 1 hari(bacaan hafalan peringkat terakhir).

Perkembangan Semasa

Tahfiz AZ Imtiaz Fajar sekarang mempunyai guru seramai 3 org dan para pelajar sekarang seramai 10 org dan menjadi sasaran untuk menambah pelajar kepada 35 org.

Tujuan sumbangan ialah untuk tujuan baik pulih bangunan untuk memberikan keselesaan kepada guru-guru dan para pelajar, menampung kos makan dan minum, imbuhan guru-guru, pengurusan tahfiz, bil utiliti dan pasarana serta pembelian sebuah kenderaan untuk kemudahan pengankutan pelajar.

Marilah menyumbang pada dana pembangunan Tahfiz AZ Imtiaz Fajar

Kami memerlukan sumbangan anda